Taman Paya Bakau ini diwujudkan bagi memelihara habitat beberapa spesis haiwan dan ia sangat penting untuk ekosistem terutamanya kawasan perairan pantai. Selain menjadi tempat anda beriadah dan bersantai, hutan ini juga menjadi rumah kepada flora dan fauna. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat biawak, monyet, burung dan beberapa lagi jenis haiwan yang bermukim di sini.
Tempat menarik di Manjung ini sangat sesuai bagi anda yang menyukai aktiviti lasak terutamanya jungle trekking. Selain itu, anda harus mencuba jambatan gantung taman paya bakau yang pastinya mencabar keberanian anda. Anda boleh melihat keindahan hutan sambil menaiki jambatan beramai-ramai dengan keluarga anda. Pasti amat meriah sekali!







Users Today : 4
Users Yesterday : 16
This Month : 719
Total Users : 42210