Terletak di Pulau Pangkor 1 km dari Pasir Bogak, Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di Pulau Pangkor.
Ia mempunyai pemandangan laut yang cantik. Teluk Nipah juga mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 5 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam. Ia terkenal dengan pantai yang landai, pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah. Terdapat juga sebuah tokong cina yang menjadi tumpuan umum di kawasan ini.
Share this tour

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 6
Users Yesterday : 24
This Month : 705
Total Users : 42196