Terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Sitiawan bangunan dua tingkat ini dibina pada tahun 1935 sebagai rumah bagi pendeta Gereja Methodist Pioneer yang terletak di sebelah bangunan muzium tersebut.
Pada 7 September 2003, rumah itu ditukar menjadi muzium. Muzium ini menyimpan pelbagai jenis tinggalan dan artifak dari aspek ekonomi, pendidikan dan gereja terdahulu yang menjadi peninggalan warisan generasi ke generasi yang seterusnya.
Antara artifak peninggalan yang dipaparkan di ‘Sitiawan Settlement Museum’ adalah alat yang digunakan oleh para perintis, perabot dapur yester, meja perhiasan antik, kostum, basikal era kolonial, jam lama, gambar lama, besi arang batu dan lain-lain. Muzium tersebut kian menjadi tarikan pelancong kerana sejarahnya yang menceritakan tentang pengorbanan, kesusahan dan kejayaan masyarakat FooChow pada masa lalu.
Share this tour


MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 7
Users Yesterday : 31
This Month : 808
Total Users : 42299