Beruas ialah sebuah pekan di daerah Manjung, negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Pekan Beruas merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Manjung.Beruas (atau Bruas) ialah sebuah pekan di daerah Manjung, negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tempat yang berdekatan dengan Beruas ialah Pantai Remis dan Parit. Poskod Beruas ialah 32700.Nama Beruas dipercayai berasal dari Pokok Bruas, sejenis pokok tempatan yang menyerupai pokok manggis (nama saintifik: Garcinia hombroniana). Pekan Beruas ini berasal daripada satu kawasan yang bernama Belukar Sambang. Belukar Sambang adalah terdiri daripada satu kawasan yang dinamakan Kampung Kilang. Disebabkan pembinaan Pekan Beruas, Kampung Kilang telah terbahagi dua, satu adalah menghala ke Jalan Taiping dan satu lagi kawasan yang menuju Ulu Beruas.
Pekan Beruas pada hari ini sudah berdiri disana sejak tahun 1918 lagi. Pada satu waktu itu, pekan Beruas adalah sebuah pekan persinggahan yang amat sibuk dengan pelbagai jenis urusan perniagaan, terutamanya jual beli bijih timah.Pekan Beruas juga punyai keunikannya yang tertentu kerana seringkali dikaitkan dengan kisah Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Melayu Beruas yang telah hilang. Penemuan beberapa artifak sebenarnya telah pun ditemui oleh orang kampung dan penyelidik sejarah dan artifak-artifak tersebut boleh dilihat di Muzium Beruas.
Share this tour

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 15
Users Yesterday : 44
This Month : 615
Total Users : 42106