MUZIUM BERUAS bukti kewujudan”Kerajaan Gangga Negara”
Pada 25 November – 25 Disember 1991, sekumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat kajian tentang kequjudan Kerajaan Gangga Negara.
Maksud Gangga Negara ialah dipercayai merupakan kerajaan Melayu – hindu lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruan, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di Negeri Perak. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola 1 dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026.
Menurt sebuah lagi catatan Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Artifak yang ditemui oleh orang kampung telah dikaji semula. Beberapa artifak-artifak sejarah telah ditemui. Artifak-artifak ini disimpan oleh Muzium Negar. Pihak jabatan Muzium merasakan kesemua penemuan tersebut perlu ditempatkan di sebuah Muzium yang dinamakan Muzium Beruas, sementara kajian-kajian seterusnya dibuat dari semasa ke semasa.
Bangunan Mahkamah Beruas diubahsuai untuk dijadikan Muzium Beruas. Asalnya pejabat KEMAS kawasan Beruas. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-6 telah membiayai Muzium Beruas.
Pada 23 Mei 1995, Muzium Beruas diserahkan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada Kerajaan Perak. Pada Julai 1995, Menteri besar Perak Darul Ridzuan Tan Sri Dato’ seri DiRaja Ramli Ngah Talib merasmikan Muzium Beruas dan telah dibuka kepada orang ramai.
Share this tour

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 7
Users Yesterday : 31
This Month : 808
Total Users : 42299