Rentetan daripada pembinaan Masjid Al-Badr yang berkonsepkan 1000 selawat, tercetusnya pula idea untuk membangunkan sebuah lagi masjid yang menjadikan Doa sebagai konsep utamanya.
Jika anda sampai ke Pulau Pangkor, singgahlah ke lokasi Masjid Seribu Selawat ini yang terletak di Kampung Teluk Gedong untuk melihat sendiri keunikan seni binanya yang mempunyai identiti tersendiri berkaitan unsur seni negeri Perak. Untuk makluman anda pembaca, Masjid Seribu Selawat ini sebenarnya mula dibina pada 7 Mac 2014 dengan kos bernilai RM11.7 juta dan siap sepenuhnya dalam bulan Oktober 2016
Mesti anda semua tertanya-tanya tentang kenapa nama masjid ini diberi sebagai nama Masjid Al-Badr Seribu Selawat? Dari mana datangnya nama Seribu Selawat tersebut? Khas untuk makluman anda, hal ini adalah kerana dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat. Apa yang uniknya berkenaan dengan masjid ini lagi adalah kedudukannya dibina di atas air laut. Selain itu, ia turut mengetengahkan identiti negeri Perak yang tercinta pada setiap geometri hiasan dalaman pada dindingnya. Satu lagi fakta penting dan penting untuk tahu bahawa inilah masjid terapung pertama yang dibina di Perak.
Pembinaan Masjid Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi ia adalah satu monumen baharu yang ditekankan dalam seni bina pembinaan masjid dan secara tidak langsung menyumbang kepada produk pelancongan di Pulau Pangkor. Masjid Al-Badr ini juga mampu memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa. Jadi, jika anda sampai ke Pulau Pangkor, carilah peluang untuk menunaikan solat di Masjid Al-Badr Seribu Selawat ini dan nikmatilah keindahan dan keunikan seni bina masjid tersebut!
Masjid ini dibina semula dan dikekalkan dengan nama Masjid Al-Khairiah yang telah selesai dibina pada 24 Oktober 2019. Idea ini juga terhasil daripada Mantan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dengan kerjasama rekabentuk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan seni dalaman oleh Yayasan Restu. Kedudukan masjid yang dikelilingi oleh majoriti masyarakat cina membuatkan idea rekabentuk dan hiasan dalamannya menjurus kepada motif oriental. Keunikan masjid ini diserlahkan lagi dengan pelbagai jenis seni khat dan himpunan doa-doa yang dipetik daripada Al-Quran dan Hadis. Manakala Asma-ul- Husna dipamerkan di tiang-tiang masjid ditulis dalam bentuk kaligrafi china. Kesemua hasil seni khat di masjid ini merupakan sentuhan tangan oleh penulis khat di Yayasan Restu yang juga merupakan anak melayu tempatan. Dekorasi keseluruhan masjid ini mengaplikasikan pelbagai pola motif tumbuhan dan geometri yang terdapat di negeri Perak. Kebanyakkan reka bentuk di masjid ini berunsurkan ketimuran dari negara China dan juga identiti perak. Motif-motif ini diambil daripada Masjid Niu Jie, bunga-bungaan di China seperti Chinese Peony, Apple Blossom dan Plum Blossom.
Share this tour

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 27
Users Yesterday : 23
This Month : 797
Total Users : 42288