Kedai Roti Canai Pak Tam ini merupakan satu tarikan pengunjung yang terletak di Kampung Sitiawan yang merupakan sebuah perkampungan nelayan dan pengusaha hasil laut di Sitiawan.
Kedai ini bertempat di tepi sungai dimana pengunjung yang datang dapat menikmati kelazatan roti canai yang dihidangkan sambil melihat pemandangan sekitar dan berkesempatan untuk melihat para nelayan bekerja. Kedai Roti Canai Pak Tam ini sering dipenuhi dengan pelanggan lebih-lebih lagi pada hari minggu.
Disebelah kedai Roti Canai Pak Tam, terdapat pasar yang menjadi kegemaran para penduduk Sitiawan untuk mendapatkan hasil laut segar yang ditangkap sendiri oleh para nelayan di perkampungan tersebut. Pelbagai jenis ikan segar dan ‘seafood’ boleh didapati di pasar ini namun, waktu para nelayan pulang dari laut adalah tidak menentu tetapi kebiasaannya adalah pada waktu pagi, tengah hari dan petang.
Share this tour

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 14
Users Yesterday : 44
This Month : 614
Total Users : 42105