Industri keropok lekor Yah Mahmud ini telah diusahakan sejak 25 tahun
Yah Binti Mahmud merupakan seorang pengusaha keropok lekor yang terkenal di Lekir. Keropok lekor ini di buat sendiri mengikut ramuannya sendiri dan keistimewaannya ialah isi ikan pada keropok lekor lebih daripada tepung. Selain membuat keropok lekor dia juga mengusahakan sos pencicah, rempeyek, bahulu, bahulu gulung, kerepek ubi dan kuih muih tradisional yang lain. Perusahaan ini mendapat bimbingan dan bantuan daripada Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Industri keropok lekor Yah Mahmud ini telah diusahakan sejak 25 tahun yang lalu, juga menerima tempahan didalam penghasilan produk keropok lekor, sos pencicah dan juga sata moden. Selain itu, mereka juga membekalkan pelbagai jenis keropok ikan untuk dijual kepada para penggemar keropok ikan di daerah manjung ini.
Share this tour

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 20
Users Yesterday : 44
This Month : 620
Total Users : 42111