Hutan Paya Bakau Sungai Tiram ini merupakan sebuah hutan paya bakau yang sering menjadi tumpuan para NGO
Sungai Tiram merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Lekir, Sitiawan, dalam negeri Perak. Hutan Paya Bakau Sungai Tiram ini merupakan sebuah hutan paya bakau yang sering menjadi tumpuan para NGO untuk melakukan program – program pemeliharaan dan penanaman semula pokok bakau. Terdapat pelbagai program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2015 sehingga tahun 2019 oleh pelbagai pihak.
Catatan penanaman pokok bakau yang terbanyak adalah pada tahun 2017 iaitu sebanyak 15,000 pokok bakau ditanam pada Sambutan Hari TLDM ke-83 yang terdiri daripada 1,000 orang peserta yang dianggotai oleh anggota TLDM, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Tanah dan Daerah Manjung, pelajar institut pengajian tinggi dan juga pelajar sekolah. Inisiatif penanaman 15,000 pokok bakau itu selaras dengan semangat ‘Green Navy’ yang menyokong usaha ‘Go Green Malaysia’.
Share this tour

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 29
Users Yesterday : 44
This Month : 629
Total Users : 42120