Di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan seluruh Bandar Lumut.
Bukit ini setinggi 331.4 meter (1087 kaki) adalah sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang telah dijemput oleh Sultan Perak dalam tahun 1840 an untuk menghapuskan kumpulan pengacau yang dikatakan sebagai lanun yang suka bersembunyi di kawasan Selat Dindings dan Sungai Dindings. Lanun-lanun itu sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh. Walau bagaimanaun, Raja Engku Busu telah terbunuh dan gagal dalam misi tersebut.Bukit ini sesuai untuk aktiviti Jungle Trekking, pihak Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan trek untuk pengunjung sampai ke puncak bukit. Apabila sampai di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan seluruh Bandar Lumut.
Lokasi
Terletak di belakang Balai Polis Daerah Manjung di Bandar Lumut. Jarak lebih kurang 5 minit dari stesen bas Lumut
Share this tour

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 6
Users Yesterday : 23
This Month : 776
Total Users : 42267