Air Terjun Ulu Licin merupakan panorama alam yang indah dan menyenangkan
Taman Eko-Rimba Ulu Licin, atau kepada penduduk di sekitar Beruas, sekadar Ulu Licin. Air terjun ulu licin terletak di dalam hutan simpan kekal Bubu dan terbahagi kepada 4 tingkat , tapi yang paling sesuai untuk seisi keluarga adalah bahagian tengah kerana aliran airnya tak terlampau deras. Air sungai berjeram yang jernih mengalir merupakan tarikan utama kepada pengunjung di kawasan hutan simpan kekal ini.
Panorama alam yang indah dan menyenangkan di Air Terjun Ulu Licin sememangnya menjadikan ia satu tempat yang amat berbaloi untuk dikunjungi.
Tidak ramai yang sedar, kawasan perkelahan yang terkenal di kalangan penduduk setempat ini, sering kali menjadi tempat berlatih askar dan tentera termasuk pasukan komando bagi membiasakan diri dengan keadaan hutan yang tebal dan terasing . Antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini selain bermandi – manda dan beriadah ialah ‘jungle trekking’ di hutan lipur ulu licin dimana telah disediakan trek mendaki, berkhemah, dan berkelah.
Share this tour

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 31
Users Yesterday : 23
This Month : 801
Total Users : 42292