Lumut Waterfront yang mempunyai keluasan sekitar 3.3 hektar ini terletak berdekatan dengan Terminal Jeti Lumut. Taman ini dilengkapi dengan taman rekreasi, taman esplanade , esplanade wing dan dataran putra. Ia direka dengan reka bentuk moden dan futuristik serta berkonsepkan maritim. Uniknya, tempat menarik di Manjung ini membolehkan anda melihat kapal perang kerana ia berdekatan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Taman dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menjadikannya sesuai untuk datang bersiar-siar dan berekreasi bersama seisi keluarga. Tak hanya itu, bahkan disini juga ada ditawarkan pusat penerangan memandangkan kawasan ini adalah pintu masuk utama ke Pulau Pangkor.






Users Today : 10
Users Yesterday : 44
This Month : 610
Total Users : 42101