Bangunan serta tembok sekelilingnya dibina berkonsepkan seni bina tamadun Cina seolah-olah membawa kita terbang ke negeri China.
Tokong Cina atau dikenali sebagai Tua Pek Kong di Pasir Panjang, Perak ini merupakan salah satu tempat ikonik di Daerah Manjung yang menjadi tarikan pelancongan terutamanya pelancong berbangsa Cina beragama Buddha. Pelancong bangsa lain pun boleh pergi juga, tiada masalah, kerana kita tinggal di dalam negara berbagai bangsa.
Tempat ini bukan sahaja terkenal sebagai tempat ibadat penganut Buddha, malah mempunyai landskap yang begitu unik dan menarik sekali. Bangunan serta tembok sekelilingnya dibina berkonsepkan seni bina tamadun Cina seolah-olah membawa kita terbang ke negeri China.
Landskap yang unik ini menggabungkan replika istana purba tamadun Cina dan juga taman-taman maharaja zaman silam. Di sini juga terdapat Taman Monyet yang menempatkan kehidupan liar dan berlatarbelakangkan paya bakau yang sangat indah.
Di sini juga merupakan port popular bagi para ‘photographer’ untuk mengambil gambar pemandangan yang indah dan juga sering dijadikan tempat ‘Outdoor Shooting’ raja sehari untuk mengabdikan momen-momen indah mereka.
Share this tour


MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,
JALAN PINANG RAJA,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK DARUL RIDZUAN.






Users Today : 32
Users Yesterday : 36
This Month : 668
Total Users : 42159